Memaparkan catatan dengan label UmUm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UmUm. Papar semua catatan

Ahad, 3 Julai 2011

PENDAPAT ULAMAK-ULAMAK MASA KINI TENTANG MUZIK

mari kita baca tentang ini...ini bukan hasil tulisan saya tapi saya ambil daripada sumber-sumber yang boleh dikatakan betul.. sebagai ilmu bacaan sahaja... selamat membaca......................................................>

Ulamak-ulamak Islam masa kini tidak ketinggalan menyumbangkan pandangan-pandangan mereka terhadap hukum muzik yang menjadi titik perbezaan pendapat di kalangan ulamak sejak zaman berzaman. Mereka terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang mengharuskannya dan golongan yang mengharamkan. Mereka yang mengharamkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan sunnah serta ‘illah yang disebut oleh ulamak-ulamak terdahulu. Cuma ada juga khilaf di kalangan mereka tentang alat-alat yang diharuskan. Ada juga yang menghadkannya kepada duf sahaja. Mereka ini pula berikhtilaf lagi pada keadaan-keadaan dibenarkan memukul dufdan siapakah yang diharuskan menggunakannya.

1. Pendapat pertama menyatakan bahawa duf hanya boleh digunakan di dalam upacara-upacara perkahwinan, hari raya, dan suasana-suasana kegembiraan yang lain seperti berkhatan. Hanya kaum perempuan sahaja yang dibenarkan memukul duf. Pendapat ini ialah pendapat Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Saleh Fauzan, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-‘Usaimin dan Syeikh Nasiruddin Al-Albani. Mereka bersandarkan kepada mazhab Hanbali. [xviii]
2. Pendapat kedua pula menyatakan duf boleh digunakan dalam semua keadaan dan boleh dipukul oleh kaum lelaki dan wanita.

Golongan yang lain pula ialah ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan duf dan gendang sahaja bersandarkan kepada pendapat-pendapat ulamak terdahulu sebagaimana yang telah diterangkan di dalam helaian-helaian yang terdahulu.

Seterusnya ada ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik tanpa ada pengecualian tetapi mereka meletakkan syarat-syarat dan batas-batas penggunaan alat tersebut agar tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT. Mereka yang berpendapat demikian antaranya ialah:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.
2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal La’ab.
3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.
4. Dr. Kaukab ‘Amir dalam bukunya As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah.

Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulamak terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.

Sebahagian daripada mereka seperti Al-Qardhawi berpendapat demikian kerana hadith-hadith yang mengharamkan alat-alat muzik pada pandangan beliau sama ada sahih ghair sarih (sahih tetapi tidak nyata) ataupun sarih ghair sahih (nyata tetapi tidak sahih). Nas-nas yang seumpama ini tidak mampu untuk memutuskan hukum kerana hukum mestilah diputuskan dengan nas yang sahih wa sarih (sahih dan nyata). [xix]

Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab A’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu: [xx]

1. Niat penggunaan alat-alat tersebut dan pendengar iramanya hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-umur Bimaqasidiha.
2. Tujuan dan suasana digunakan alat-alat tersebut ialah tujuan dan suasana yang baik, mulia dan tidak bertentangan dengan batas-batas syara’.

Dr. Kaukab ‘Amir menyatakan: “Pada hakikatnya majlis-majlis arak pada hari ini seperti kelab-kelab malam menggunakan seluruh alat muzik yang ada sekarang. Majlis-majlis tersebut tidak lagi menggunakan alat-alat tertentu (seperti zaman dahulu) malah keseluruhan alat digunakan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita menghalalkan sebahagian alat (seperti duf dan gendang) dan mengharamkan sebahagian yang lain. Bahkan diharuskan kepada individu muslim mendengar irama alat-alat tersebut tetapi hendaklah menjaga adab-adab Islam serta tidak cuba meniru kelakuan dan perbuatan ahli-ahli fasiq dan maksiat. [xxi]

Ahad, 22 Ogos 2010

sUdaH leh Pakai




pergh sehari aku pulun cari idea nak setel kn masalah donload dan upload.. cari punya cari rupa-rupanya aku silap setting.. sekarang dah leh guna. harap-harap leh pakai sampai bila2 menatang tuh. heheeh susah gak bila takda ilmu dalam dunia ict nih. masalh senang leh jadi rumit. pada hal klik pakai jari ja pon. ermm ok la.. mentang mesin upload dan download tuh dah leh pakai kawan2..ikut ja apa yg ditulis.. senang ja semudah do rem mi .. ehehhe jadi sila oh sila lah berkongsi..jgn la kemut2 tak paik tuhan marah.. hope korang enjoy dengan blog aku nih.. sory la bahasa aku guna mungkin tak mengambarkn ilmiah.. tapi bahan yg ada tuh sgt berguna.harap2lah yer... sekian utk kali ini...

Rabu, 18 Ogos 2010

Beban Tugas Guru





Cadangan Untuk Menangani Masalah Beban Tugas Guru

Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru, dan salah satunya ialah KPPK atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan. KPPK telah momohon supaya keutamaan diberikan kepada beberapa perkara berikut :

1. Utamakan kebajikan guru dan tingkatkan kualiti pendidikan.

2. Kurangkan peperiksaan dan ujian di peringkat sekolah.

3. Skop kerja guru yang lebih spesifik.

4. Mewujudkan jawatan Pembantu Murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian.

5. Lengkapkan semua sekolah dengan kemudahan asas.

6. Mewujudkan laluan kerjaya yang lebih mantap untuk guru.

7. Penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat.

8. Asingkan Guru Akademik dan Guru Sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

9. Guru bertugas lima hari seminggu kecuali sekolah-sekolah yang mempunyai masalah ruang.

10. Ringkaskan program pemprosesan data supaya semua guru tahu menggunakannya.

Apa itu Transformasi Kurikulum?


Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.

Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

AkU TaK da IdeA


Wa..TensIon2.. aku tak da idea dah nih.. kering2.
perlukan pertolongan kawan-kawan untuk bagi idea..
tolong-tolong.. bahan pon dah kurang nih..sapa2 leh tolong ..aku sangat perlukan pertolongan.. sejuta terima kasih aku dahulukan..ehehhe

PerSoaLan


Soalan: Assalamualaikum Dr Asri, saya kebelakangan ini mula minat dengan agama. Saya teringin menjadi seorang muslim yang baik. Cumanya masalah saya ialah saya terlalu gemar menyanyi. Kawan saya seorang yang kuat agama selalu menegur saya, katanya nyanyian adalah muzik syaitan. Saya cuba mengubah, tetapi kadang-kala saya menyanyi juga sebab terbiasa. Saya rasa susah nak buang tabiat ini, apa nasihat Dr kepada saya?



Roslee, Kuala Muda, Kedah.



Jawapan Dr MAZA: Saudara, Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk member garis panduan. Untuk soalan saudara, saya sentuh perkara-perkara berikut;



1. Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah. Hiburan dan nyanyian hanya sampingan yang menghiasi rempah ratus kehidupan dan asam garamnya, bukannya tujuan asal kehidupan. Seperti juga memiliki rumah dan kenderaan yang cantik. Ia bukan tujuan hidup, tetapi termasuk dalam perkara-perkara yang diizinkan dengan batasannya.

2. Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah.

Ada sesetengah pandangan yang cuba menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak menolak dakwaan Abu Bakr bahawa nyanyian suara syaitan, cumanya hanya diizinkan disebabkan hari raya. Penghujahan seperti ini tidak kukuh. Sebabnya, apakah jika nyanyian suara syaitan maka pada hari raya ia tidak menjadi suara syaitan lagi dan selepas itu kembali menjadi suara syaitan semula?! Atau apakah pada hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr. Suara syaitan sepatutnya bukan dikaitkan dengan hari dan waktu, tetapi dengan isi kandungan!.

3. Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa

“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Maka, dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau pejabat dan seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi s.a.w pernah bersabda: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diistiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang biasanya dilakukan secara senyap-senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang menafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak becanggah dengan ajaran Nabi s.a.w.

4. Dalam riwayat Muslim, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang akan menyanyi ketika dalam dalam perjalanan. Nama beliau Anjasyah. Kata Anas:

“Bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang mempunyai suara yang lunak. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Perlahan wahai Anjasyah! Jangan pecahkan kaca (wanita-wanita)” (Riwayat Muslim).

Ulama hadis berbeza pendapat tentang maksud Nabi s.a.w dalam hadis ini. Namun, maksud yang dipaling dapat difahami ialah baginda meminta agar Anjasyah memperlahan lagunya kerana ia telah menyebabkan unta semakin pantas, sedangkan wanita-wanita iaitu isteri-isteri baginda mungkin tidak termampu bergerak sepantas itu. Ini menunjukkan bagaimana baginda tidak melarang nyanyian, sebaliknya menggunakannya untuk menggalakkan perjalanan. Cumanya, apabila menyebabkan kesusahan wanita, baginda meminta agar ia diperlahankan.

5. Dalam hadis lain, ‘Aishah menceritakan

:“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Demikian Nabi s.a.w member ruang untuk isterinya menikmati hiburan.

6. Ada sesetengah pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ terutama sebahagian mereka yang beraliran salafis yang menghadkan hiburan hanya pada hari raya sahaja atau dengan bentuk kompang tertentu sahaja. Mereka memahami hadis-hadis ini secara literal.

Bagi saya, pandangan ini boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam. Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.


Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

7. Namun, sudah pasti di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:

“RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. Lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.

Maka, lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpamanya. Demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.

8. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.

9. Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

Benarkah apa yang dikata "Pendidik Muzik" tak penting berada di sekolah?




Berburu dipadang datar
Mencari rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Menjadi insan besar nanti

Bila disebut tentang kepentingan maka semua pendidik mempunyai tanggungjawab dan tugas mereka tersendiri untuk membentuk pelajar supaya menjadi insan berguna . Oleh yang demikian tidak wajarlah bagi kita membezakan tugas yang diamanahkan kepada seorang pendidik itu mengikut kasta-kasta yang kita nilai sendiri.
Pendidik Muzik juga merupakan seorang insan yang di amanahkan untuk mendidik pelajar melalui caranya yang tersendiri. Pendidik muzik berupaya menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran menggunakan muzik sebagai medium untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya mencungkil pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran dalaman. Oleh itu dapatlah kita lihat bahawa pendidik muzik mampu menjana atau melahirkan seorang pelajar yang memenuhi hasrat falsafah pendidikan Malaysia iaitu cemerlang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Justeru, pendidik muzik juga mempunyai tugas yang berat untuk bersama-sama dengan pendidik lain membentuk satu gagasan atau komuniti pelajar yang berupaya menjadi modal insan kepada negara kelak.

Jika kita lihat dari sudut peranan muzikal seorang pendidik muzik itu pula. Kita akan dapati bahawa pendidik muzik merupakan orang yang bertanggung jawab kepada sesebuah persembahan atau acara-acara yang berkaitan pentas. Selain itu pendidik muzik turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan muzikal pelajar. Aktiviti seperti Pancaragam, dan muzik tradisonal contohnya gamelan ,caklempong dan lain lagi berupaya mendekatkan pelajar dengan budaya malaysia.

Kesimpulannya, saya dengan lantang dan tegasnya menolak keyataan yang menyatakan pendidik muzik tak penting di sekolah.

‘Creative thinking in Music’


Berdasarkan artikel ‘Creative thinking in Music’ yang ditulis oleh Maud Hickey dan Peter Webster, guru muzik digalakkan untuk memupuk kanak-kanak supaya menggunakan keupayaan yang sedia ada untuk berfikir secara kreatif dalam muzik daripada memaksa kanak-kanak menjadi kreatif.

Pemikiran adalah satu proses minda sebelum membuat keputusan. Kreativiti adalah proses untuk menjadi kreatif, satu siri tindakan di mana mengemukakan pendapat, fikiran dan objek fizikal yang baru.

Menurut Maud Hickey dan Peter Webster, seorang guru dikatakan kreatif apabila dia mengajar secara kreatif atau dia mengajar pelajar menjadi kreatif. Pemikiran kreatif sepatutnya dipupuk dalam bilik darjah muzik. Maksud kreativiti boleh dikaji dari empat perspektif, iaitu orang, proses, produk dan tempat.

Terdapat beberapa ciri seseorang yang kreatif, iaitu pengambilan risiko, perasaan humor, sikap terbuka dan keupayaan berkhayal. Kanak-kanak mempunyai potensi untuk perkembangan kreatif ini. Kesedaran guru bahawa pelajar mempunyai sifat yang kreatif akan membantu guru menggalakkan sifat personaliti positif yang kreatif dalam diri semua pelajar. Guru harus menggalakkan pelajar mengambil risiko dan berhumor dalam bilik darjah.

Proses kreatif juga disifatkan sebagai satu proses pemikiran yang hendak menghasilkan satu produk kreatif. Pemikiran kreatif dalam muzik bagi Model Webster menggariskan proses kreatif yang kompleks di mana bermula dengan satu idea atau niat dan berakhir dengan menghasilkan satu produk kreatif. Seseorang harus mempunyai kemahiran dan persekitaran yang sesuai untuk menyokong proses kreatif ini. Wallas telah mencadangkan empat tahap pemikiran kreatif iaitu persediaan, pengeraman, illuminasi dan pengesahan.

Pada peringkat persediaan, orang yang kreatif akan mula berfikir dan mengumpul bahan atau idea bagi produk kreatifnya. Dalam muzik, pemikir kreatif akan bertanya soalan seperti, “Apakah yang ingin saya hasilkan?” atau “Gaya apakah yang harus dimasukkan dalam karya muzik saya?”

Peringkat pengeraman sering berlaku apabila seseorang melangkah jauh dari masalah kreatif. Pada peringkat ini, ini adalah masa penting bagi otak untuk melakukan kerjanya. Idea-idea digabungkan dan diasimilasikan pada peringkat ini. Dalam soal pengajaran muzik, “masa berfikir” yang penting ini digalakkan.


Peringkat illuminasi adalah satu peringkat di mana satu idea yang hebat muncul dalam fikiran. Ini mungkin berlaku pada bila-bila masa, contohnya semasa seseorang individu sedang bekerja atau tengah minum petang. Satu melodi yang sempurna akan muncul dalam fikiran seseorang. Pelajar muzik harus mengumpul atau menyimpan “track” illuminasi dan idea-idea muzikal yang muncul secara mengejutkan dalam buku manuskrip atau dalam komputer.

Dalam peringkat pemikiran kreatif yang terakhir iaitu peringkat pengesahan, seseorang menyatakan idea kreatifnya dan mencuba produk kreatif.

Selepas mengesahkan satu konsep kreatif pada pertama kali, pencipta mungkin akan mengalami empat tahap pemikiran semula untuk mengemaskini produk kreatifnya. Guru muzik harus menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menggalakkan pertumbuhan muzikal kreatif pelajar dalam bilik darjah.

Aktiviti yang melibatkan penyelesaian ‘brainstorming’ kepada masalah-masalah muzikal ditawarkan untuk merangsang proses pemikiran muzikal yang kreatif.

Satu gubahan atau improvisasi muzik adalah kreatif apabila dibandingkan dengan muzik apa yang telah dicipta pada waktu dan tempat tertentu. Apabila seorang pelajar menghasilkan satu produk muzikal kreatif yang begitu unik dalam bilik darjah pada hari itu, guru harus menggalakkan pelajar menggunakan gabungan idea-idea muzikal asal dalam proses menghasilkan produk yang kreatif.

Guru boleh membantu mengembangkan ‘intentionaliti’ dalam diri pelajar dengan menggalakkan idea-idea reflek daripada pelajar.

Satu komposisi yang unik juga harus dinilai dari segi estetik untuk ditakrifkan sebagai kreatif. Kombinasi idea-idea muzikal asal yang menonjolkan kreativiti satu gubahan atau improvisasi muzik akan disusun supaya menjadi menarik. Guru boleh menggunakan cara ini untuk membimbing maklum balas mereka terhadap ciptaan muzikal kreatif pelajar. Produk muzikal kreatif boleh dihasilkan dalam mana-mana situasi di mana tiada yang benar atau salah. Oleh itu, guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan produk kreatif mereka.

Perspektif keempat untuk menilai kreativiti adalah tempat. Pada tahun pra sekolah, persekitaran yang kaya dengan bahan muzikal harus disediakan dan kanak-kanak patut didedahkan dengan pelbagai jenis lagu dan gaya muzik. Bagi pelajar yang lebih matang, mereka perlu tahu bagaimana menghasilkan kod, bagaimana menggabungkan warna bunyi untuk mewujudkan satu kesan muzik tertentu dan sebagainya. Pada masa itu, tempat harus kaya dengan explorasi dan susunan bunyi. Bimbingan guru dengan alat-alat untuk karya dan improvisasi menjadi lebih genting pada masa itu.

Saya amat bersetuju bahawa pemikiran kreatif dalam bunyi boleh terjadi apabila pelajar diminta mengimaginasikan bunyi sebagai kata kunci kepada semua aktiviti muzik. Pelajar dapat mengaplikasikan imaginasi bunyi atau struktur bunyi yang berlainan dalam pengalaman muzik secara peribadi. Pelajar diminta menggunakan keupayaan kognitif untuk menggalakkan pemikiran dalam bunyi. Dengan mengaplikasikan gambaran bunyi atau struktur bunyi dalam pendengaran, persembahan, komposisi, pelajar dapat mengalami muzik secara peribadi.

Guru muzik harus banyak menggalakkan pelajarnya supaya sentiasa mengimaginasikan bunyi. Pemikiran bunyi seseorang pelajar dapat dikenal pasti sama ada secara mencapah atau menumpu dengan meminta pelajar menggubah atau membuat improvisasi dalam kelas muzik.

Cara pendengaran terhadap muzik yang baru harus digalakkan. Contohnya, pelajar diminta mendengar bunyi sekeliling dengan lebih teliti. Pemikiran muzikal yang kreatif ini tidak mungkin dapat dipupuk melalui aktiviti berpusatkan guru yang kurang mencungkil pemikiran kreatif. Ini adalah kerana pelajar hanya dapat bersikap pasif menuruti apa yang dihendaki oleh guru.

Bagi pendapat saya, untuk menggalakkan pelajar berfikir kreatif, pelajar diminta untuk mengimaginasi dan memanipulasi bunyi dengan kaedah mencapah dan menumpu. Ini akan mendorong pengambilan keputusan estetik dalam bidang muzik.

Proses mengambil keputusan perlu banyak dilalui dan dilatih dengan kepimpinan pakar pendidik muzik. Pelajar muzik diminta untuk membuat penilaian estetik atau menyatakan pendapat mereka terhadap penilaian estetik tersebut.
Dulu, guru lebih berfokuskan cara memberitahu pelajar bagaimana untuk bermain, mendengar, menggubah dan mengimprovisasi. Tetapi, jika pelajar diminta untuk berfikir kreatif dalam muzik dan mengambil keputusan estetik, pembelajaran muzik itu adalah lebih berkesan.

Kelebihan pengambilan keputusan estetik adalah lebih banyak peluang ditawarkan untuk mengajar kesan muzik. Antara masalah pengajaran yang paling mencabar adalah keupayaan mengajar bagaimana muzik kognitif bertindak balas dengan intelek dan emosi.

Dengan memasukkan strategi pengambilan keputusan estetik ke dalam strategi pengajaran muzik terutamanya dalam konteks aktiviti kreatif, guru muzik boleh memaksimumkan peluang untuk membantu pelajar meningkatkan kesedaran dalam muzik. Dengan mencipta atau menginterpretasi muzik mereka sendiri, pelajar akan lebih memahami muzik daripada membaca nota muzik yang diberikan.

Guru harus menggabungkan kemahiran dengan pemikiran kreatif dalam penapisan falsafah pendidikan muzik dengan pemikiran kreatif dalam muzik sebagai satu elemen teras. Sebagai contoh, apabila mengajar sekumpulan pelajar yang telah belajar trompet sehingga ke tahap keempat, kombinasi kemahiran dan aktiviti kreatif agak menarik perhatian pelajar untuk menggalakkan membuat penerokaan bunyi yang kreatif setelah merekea telah mempelajari asas-asas muzik sebelum itu.

Implikasi aktiviti pemikiran kreatif adalah satu peralihan dalam pemikiran tentang apa itu pengajaran muzik dan bagaimana ia harus distrukturkan. Jika guru muzik berusaha membenam idea-idea ke dalam falsafah pengajaran muzik dan struktur kurikulum mereka, perubahan cara pelajar dinilai diperlukan.

Secara tradisi, pendidik muzik telah menganggap produk menghasilkan muzik sebagai penunjuk kejayaan yang penting. Sebagai contoh, kadar kualiti persembahan kumpulan muzik itu pada musim perayaan dianggap satu penunjuk yang logik. Kadar penilaian persembahan solo dan ensembel menunjukkan tahap kejayaan seseorang individu.

Peperiksaan pengetahuan muzik secara bertulis adalah salah satu cara untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar. Mekanisme penilaian adalah penting dan boleh berfungsi dengan lebih bermakna dengan wujudnya falsafah yang menyokong pemikiran kreatif dalam muzik. Namun, peperiksaan pengetahuan muzik secara bertulis tidak dapat menilai tahap pengetahuan pelajar secara menyeluruh.

Kesimpulannya, menurut Maud Hickey dan Peter Webster, kami semua dilahirkan dengan keupayaan berfikir, beraksi dan hidup dengan kreatif. Kreativiti boleh wujud dalam komposisi dan improvisasi muzik dari aspek pendengaran, pergerakan dan persembahan. Di dalam bilik darjah, guru harus merangsang dan menggalakkan pelajar mempunyai pemikiran muzikal yang kreatif dalam muzik. Pemikiran kreatif dalam bunyi haruslah dipupuk menjadi satu teras falsafah pengajaran muzik.

Selasa, 17 Ogos 2010

‘Music For Life’




‘Music For Life’ merupakan sebuah jornal yang ditulis oleh seorang profesor yang bernama Roy Ernst. Roy Ernst merupakan seorang profesor dalam pendidikan muzik di Eastman School Of Music of the University of Rochester, beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun dan telah menyandang jawatan tertinggi dalam jabatan pendidikan muzik selama 12 tahun. Beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar dalam kursus curriculum and instrumental methods. Beliau memulakan kerjayanya dengan mengajar muzik instrumental di sekolah rendah dan menengah di kawasan Michigan. Beliau juga merupakan ahli applied faculty at wayne state University in Deroit . Beliau menerima ijazah sarjana muda (B.S) dan ijazah sarjana (M.S) daripada Wayne State University dan Ph.D. pula beliau terima daripada University of Michigan. Beliau pernah menerima anugerah seperti President’s Arts Achievement Award daripada Wayne State University pada tahun 1994. beliau turut menerima anugerah yang sama daripada faculties at Georgia State University dan Sydney Consevartorium of music in Sydney , Australia. Roy Ernst juga banyak menghasilkan buku dan penulisan artikel seperti Conducting, flute perfomance, dan music education. Akhir sekali , beliau juga merupakan seorang pengarah di sebuah institut yang bernama Aesthetic Education Institute in Rochester, New York.

Jornal tulisan Roy Ernst ini menerangkan dan mengupas tentang bagaimana pengajar-pengajar muzik boleh membantu dalam proses pembelajaran dari perbagai aspek antaranya dari aspek muzikal itu sendiri, aspek sosial dan aspek kesihatan yang diperlukan oleh orang dewasa melalui perbentukan satu komuniti baru oleh pengajar muzik. Pada awal tulisan beliau dalam jornal ini , beliau mahu membuat satu program baru untuk semua peringkat umur orang dewasa dan menyatakan projek itu dengan nama Music For Life. Projek ini telah ditanggung oleh National Association of Band Instrument Manufacturers dan Nasional Association of Misic Merchants. Projek ini mempunyai sasaran untuk membentuk kemasukan dan titik-titik kemasukan semula pada muzik untuk orang-orang dewasa yang lebih tua. Hal ini akan menjadikan muzik akan terus dipayung oleh semua lapisan generasi. Menurut beliau, inilah yang dikatakan sebagai ‘Music for Life’.

Roy Ernst sebenarnya telah terpengaruh dengan dua konsep yang telah dibawa oleh Mary Hoffman iaitu ‘life long lerning’ yang merupakan tema bagi MENC presidency dan oleh John Burley yang merupakan satu kertas kajian pada lewat tahun 1970-an yang bertajuk instrumental music education for adults. Melalui pembacaan jornal ini saya dapati bahawa Roy Ernst telah memecahkan beberapa pendapat beliau dan pendapat itu disokong oleh kajian-kajian yang telah dilakukan sebelumnya. Beliau telah membahagikan kebaikan dan mengapa program ‘Music For Life’ harus dilaksanakan kepada beberapa isi utama yang begitu kuat menyokong idea dan pendapat beliau itu.

Faktor pertama yang dijelaskan dalam jornal ini ialah tentang kualiti hidup. Roy Ernst melihat aspek golongan pesara. Menurut beliau apabila sesorang itu telah bersara mereka merupakan golongan yang berada dalam keadaan yang sangat sesuai untuk belajar muzik. Beliau berpendapat sedemikian kerana golongan ini tidak akan mempunyai masalah untuk membayar yuran kelas dan membeli instrumen muzik. Beliau juga menyatakan bahawa jadual yang penuh dengan aktiviti bermain muzik akan membuatkan golongan perasa tidak merasa bosan setelah mereka bersara. Selain itu juga, aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan dari segi mental dan badan. Oleh yang demikian aktiviti muzik sangat baik untuk mereka. Aktiviti muzik yang banyak melibatkan persekitaran juga boleh menambah baik kehidupan sosial golongan ini. Justeru itu, mereka tidak akan merasa kesunyian. University of Miami School of Medice dan enam buah universiti lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan telah mendapati dalam kajian mereka tentang golongan tua yang seronok dengan aktiviti muzik mendapat kebaikan dalam kesihatan mereka. Roy ernst juga ada menyatakan bahawa golongan yang mempunyai kualiti dalam muzik boleh melahirkan keseimbangan di zaman teknologi yang sedang berkembang ini. Ini kerana pada masa ini, orang ramai terlalu banyak luangkan masa dengan komputer dan tidak banyak melakukan aktiviti sosial. Hal ini tidak baik untuk kesihatan.

Faktor yang kedua pula menerangkan tentang kemasukan dan titik kemasukan semula untuk pendidikan muzik oleh golongan dewasa. Pada faktor ini beliau banyak menyatakan tentang pengalaman edia ada yang telah dilalui oleh kebanyakan golongan dewasa yang masih aktif dalam muzik. Hal ini terbukti dengan minat mereka kepada muzik sebenarnya telah terpupuk dari zaman persekolahan lagi. Justeru apabila mereka diberi peluang untuk kembali aktif dalam melakukan aktiviti muzik, sudah tentu mereka tidak akan melepaskan peluang tersebut. Melalui faktor ini Roy Ernst membandingkan antara bermain muzik dan bermain golf. Beliau menyatakan bahawa pemain-pemain golf tidak akan mula bermain sebelum usia mereka sesuai untuk bermain dan permainan itu pula lebih khas kepada golongan dan sosial yang kecil sahaja. Berlainan dengan aktiviti muzik yang tidak begitu menitik beratkan umur jantina dan tahap sosial yang lebih besar dan luas.

Faktor ketiga pula ialah tentang program –program contoh. Menurut Roy Ernst program-program contoh wajar diwujudkan supaya menjadi pengaruh yang besar terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan muzik. Pada tahun 1991 beliau telah menubuhkan satu program contoh yang dikenali sebagai New harizons Band yang merupakan program yang ditawarkan kepada golongan 50 tahun keatas. Sembilan tahun selepas program contoh ini terlaksana ia telah mempengaruhi lima puluh program yang seakan serupa di United States dan Canada. dan bilangan itu terus bertambah.

Faktor keempat yang telah di tulis dalam jornal ini ialah tentang pelajar- pelajar dewasa. Dalam faktor ini beliau menyentuh kehebatan dan kebolehan yang ada pada golongn ini. Namun begitu ada juga kelemahan yang ada pada mereka contohnya bilangan mereka tidak begitu ramai, hal ini sukar untuk menubuhkan ensembel yang besar khususnya windokestra dan lain-lain lagi. Selain itu mereka juga agak lambat untuk mempelajari sesuatu alat muzik . keupayaan muzik mereka khusunya dari segi pendengaran dan penglihatan turut menjadi masalah untuk mereka belajar muzik. Numun begitu mereka adalah golongan yang suka berlatih dan suka melakukannya. Mereka juga mempunyai ingatan yang kuat untuk mengigati sesuatu lagu dengan cepat hal ini membolehkan mereka menyukai aktiviti muzik. Bagi golongan ini, mereka terlibat dengan muzik kerana mereka memang minat. Oleh yang demikian mereka tidak memmpunyai masalah disiplin yang serius . penglibatan mereka kera ingin menghiburkan penonton dan menghiburkan diri mereka sendiri. Oleh itu mereka mahukan suasana pembelajaran yang selesa dan tenang. Menurut Roy Ernst secara kesimpulan dalam faktor ini ialah ‘Creacting a new ensemble is a personal legasy from teacher to community’.

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan setelah membaca tentang jornal ini ialah muzik merupakan sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan seumur hidup kita, muzik tidak membezakan umur, jantina pangkat dan tahap sosial sesorang yang ingin mempelajarinya. Selain itu muzik juga merupakan satu aktiviti yang sihat dan baik untuk semua dalam membentuk satu ikatan sosial yang berkualiti. Justeru, saya dengan berbesar hati menyokong semua pendapat yang telah dinyatakan oleh Roy Ernst dalam jornalnya ini.

ISu mengUranGkan maSa muziK di SeKolaH


Saya dengan terang dan lantang akan membantah sekiranya masa matepelajaran muzik disekoalah akan dikurangkan. Pada pendapat saya isu untuk mengurangkan masa mana-mana matepelajaran sekalipun untuk neningkatkan bahasa inggeris atau matepelajaran lain adalah tidak wajar dan logik. Hal ini kerana system pendidikan kita sebenarnya sudah teguh dan kukuh. Malah mempunyai piawaian ISO yang baik. Saya lihat disini bahawa perubahan sepatutnya berlaku pada perlaksanaan teknik mengajar. Jika kita menambah masa banyak mana sekali pon untuk meningkatkan sesuatu matepelajaran ia tidak akan berhasil malah ia akan menimbulkan pelbagai kesan negative contohnya tekanan kepada pelajar. Jika pelajar menghadapi tekanan maka sudah tentulah minat mereka untuk bersekolah dan belajar akan luntur oleh itu ramailah anak-anak muda generasi depan Negara tidak akan memberi sumbangan kepada Negara malah mereka ini akan menimbulkan permasalahan social yang tinggi.

Seperti yang kita sedia maklum, matapelajaran muzik merupakan satu matepelajaran yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk bermain muzik dan belajar muzik yang baik. Matapelajaran ini mampu meningkatkan keperibadian serta sahsiah yang tinggi melalui aktiviti muzikal dan bukan muzikal. Matapelajaran ini berupaya menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah. Hal ini seterusnya membuatkan pelajar berminat untuk belajar. Jika kita lihat dari sudut pandangan sains pula muzik merupakan salah satu terapi yang baik dan berkesan oleh yang demikian matapelajaran muzik berupaya memperkembangkan sahsiah dari aspek estetik, kreatif dan inovatif.

Kesimpulannya, saya dengan nada yang tegas tidak menyokong mana-mana usaha untuk mengurangkan masa matapelajaran muzik. Disekolah . justeru saya berharap pihak kementerian menarik balik perintah untuk mengurangkan masa bagi matapelajaran muzik.

HaLa TuJu PenDidikaN MuziK MalaYsiA




Secara amnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pendidikan muzik melalui KBSR iaitu pada tahun 1983. Oleh yang demikian matapelajaran muzik menjadi satu matapelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar. Sebagai satu kesinambungan, Pendidikan Muzik ( KBSM) telah diwujudkan pada tahun 1995 disekolah menengah tetapi ia hanya sebagai matapelajaran elektif sahaja. Tujuan pendidikan muzik diserapakan melalui KBSM adalah untuk membantu memperkembangkan sahsiah dari aspek estetik, kreatif dan inovatif yang menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Jika dikira melalui tahun, mata pelajaran muzik telah wujud selama 26 tahun diperingkat KBSR, dan 14 Tahun diperingkat KBSM. Angka itu bukanlah satu jumlah yang besar untuk mematangkan sesuatu pendidikan. Namun begitu Pendidikan Muzik dilihat begitu berjaya memainkan peranannya . Hal ini dapat dilihat melalui dua perkara iaitu dari segi ekonomi,dan sosial sosial.
Jika dilihat dari sudut ekonomi muzik juga merupakan satu penyumbang kepada peluang pekerjaan dan sumber pendapatan rakyat Malaysia. Justeru itu pendidikan muzik adalah satu aset yang amat bernilai kepada Malaysia untuk menampung peluang pekerjaan yang ditawarkan. Oleh yang demikian pendidikan muzik bukanlah satu matapelajaran yang remeh atau picisan, ia adalah matapelajaran yang mempunyai nilai komensial yang tinggi. Antara contoh peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui muzik ialah sebagai

1. Pemain muzik profesional
2. Penggubah lagu
3. Penyanyi
4. Pengarah Muzik
5. Cikgu Muzik
6. Pensyarah Muzik
7. dan lain-lain

Jika dilihat dari sudut sosial pula, pendidikan muzik sangat penting dalam menjamin kemakmuran negara Malaysia. Hal ini terjadi kerana matapelajaran muzik menekankan aspek keharmonian, disiplin , bersatu melalui pelbagai subjek dan topik yang diajar. Justeru, ini jelas dapat dilihat dengan keadaan sosial Malaysia yang tidak mempunyai sebarang peperangan dalaman walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang agama, bangsa, dan kepercayaan. Dengan kata lain slogan yang sering disebut oleh perdana menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri
Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak iaitu ‘ SATU MALAYSIA” merupakan slogan yang telah lama tertanam dalam modul dan subjek pendidikan muzik. Hal ini jelaslah bahawa pendidikan muzik Amat dan sangat penting kepada rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa agama dan kepercayaan.

Jika difikirkan hala tuju pendidikan muzik sebenarnya terletak kepada peperintah negara. Jika pemerintah mempunyai aset lain yang berupaya membentuk dan memberi sumbangan sehebat pendidikan muzik maka terserahlah kepada mereka untuk menentukan nasib pendidikan muzik di Malaysia. Namun begitu jika pemerintah tiada aset sebaik pendidikan muzik maka amat rugilah negara Malaysia. Mungkin negara yang aman damai dan mempunyai limpahan rezeki ini akan terjejas keadaannya, bak kata pepatah jangan yang dikejar tak dapat ,yang dikendong pula berciciran.

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan ialah hala tuju pendidikan muzik telah berada dilandasan yang betul tetapi terserah kepada perlaksanaan dan kekuatan yang sedia ada pada para pendidik muzik dan pendukung muzik. ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’

SeJaRaH MuZiK OraNg MeLaYu



Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa" pendek.

Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik yang digunakan. Walaupun telah dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu, Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah menerima pengaruh dari luar.

Pendek kata kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali alat-alat gamelan dan angklung adalah berasal dari Timur Tengah dan India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam. Rebab, gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik

TeRaPi MuZik


Muzik semulajadi ini mempunyai ukuran masa dan dianggggap sebagai kekuatan yang dapat mencipta keselarasan komunikasi dalam fikiran serta tubuh manusia sehingga ia layak digelar sebagai muzik. Bunyinya yang harmonis dengan bahasa-bahasa indah disamping kombinasi ukuran getaran warna membawa kepada penyembuhan dan kedamaian kerana disitu akan timbulnya nada-nada kedamaian ayng sungguh menajubkan. Buktinya kedamaian itu terdapat di dalam diri kita sendiri dan kedamaian itu bukan dikecapi dari persekitaran.

Seni getarannya yang amat mempengaruhi tumbuhan, manusia serta batu karang ini menjadi penawar bagi segala jenis penyakit. Ia menjadi sumber kekuatan, harapan, pelengkap serta pengiring bagi kita untuk meneruskan kehidupan ini. Getaran muzik ini tidak akan pernah lupus malah akan terus dan terus kekal bergetar sebagai getaran elektomegnatik melalui frekunsi resonance alam semesta selama-lamanya dalam satu bentuk tenaga yang paling stabil. Keseimbangan interaksi dari semua frekunsi resonan yang masuk dan melewati tubuh kita membuat kita terus hidup dan menjalankan aktiviti selaras dengan frekunsi yang diterima disamping ia membentuk kepada pembentukan fungsi-fungsi sel tubuh badan.

Tubuh kita seumpama instrument muzik dalam kumpulan okestra yang sangat harmonis. Muzik tidak berbicara kepada fikiran namun kita seperti kata-kata yang akan memisahkan bicara muzik sehingga mampu menusuk ke setiap inti hati serta akar jiwa kita. Bahasa dan sebutan yang berirama seperti bernyanyi sangat menentukan erti kata-kata yang diungkapkan. Mejej-mesej dalam lagu yang disampaikan melalui muzik yang harmoni tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata. Manakala mentera atau nyanyian yang diulang-ulang adalah salah satu bentuk ekspresi muzik yang paling tahan lama.

Aristotle yang pertama memperkenalkan formula warna-muzik mempercayai bahawa setiap objek mempunyai warna dan keaktifannya adalah mengikut darjah cahaya atau bayangan. Menurut beliau, gabungan putih dan rentak muzik yang sekata akan membentuk satu warna yang harmoni dan menarik. Teori warna muzik ini telah pun mnjadi popular di zaman Romantic sebagai pengharmoni universal yang mempunyai momemtum. Manakala menurut Newton, isyarat warna dihantar dalam bentuk gelombamg nadi melalui proses yang sama. Merurut kenyataan beliau, bunyi yang harmoni mampu menguasai persepsi muzik dan warna.

Muzik dan suara mempunyai pengaruh yang besar atas deria spiritual. Warna yang melahirkan bunyi menjadi muzik yang dapat menciptakan keteraturan dan kelancaran yang ideal selaras dengan kesatuan. Ternyata warna harian dapat mengandakan kekuatan bunyi berkali-kali ganda. Jika kita menginginkan kesihatan baik secara fizikal mahupun spiritual kita harus berhati-hati mempertimbangkan dengan tepat jenis muzik yang boleh masuk ke dalam diri kita dan SEBAIK-BAIKNYA ADALAH DENGAN CARA YANG BERMULA DENGAN TERAPI GETARAN WARNA dan biarlah tubuh kita yang menerbitkan bunyinya sendiri bagi menyelaraskan sisten tubuh kita.

Terdapat teori menyatakan bumi tidak mampu didengar pada ruang kosong atau ruang tanpa udara. Akan tetapi yeori tersebut sama sekali tidak benar.Bunyi terbit dari angin yang muncul dari alam semesta dan bentuk gelombang radio yang dapat dikesan dari aliran elektrik atau partikel planet seperti bulan dan bintang yang mengelilingi bumi yang membentuk kepada banyak penciptaan kejadian makhluk hidup. Di angkasa terdapat banyak bunyi aneh yang akrab dapat dirakam dan ini akan dinamakan suara angkasa yang luar biasa.

Perlu diterima bahawa bunyi yang mencipta alin semesta serta satu tiupan penciptaan adalah ciptaan maha kebesaran maha pencipta. Memuji pencipta dengan suara yang menyatakan seluruh warna-warna ditukarkan menjadi bunyi kesyukuran dengan nada-nada muzik yang murni akan memberi gelombang tenaga di dalam tubuh badan. Di dunia yang telah tercipta ini maka lagulah satu muzik yang terkandung suara didalamnya melalui nada sebutan pada huruf serta kata-kata bahasanya. Terdapat banyak simbolik cara memuji tuhan seperti membunyikan trompet, gendang atau nyanyian yang diulang-ulang. Salah satu adalah perutusan bunyi trompet para malaikat akan memberi tanda peringatan bahawa kiamat akan terjadi.

Muzik merupakan bentuk rawatan yang lahir dari karya seni warna dan bunyi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Penyembuhan dan regenerasi melalui warna dan muzik menjadi penawar bagi kebanyakan penyakit dalam mengurangi tekanan (stress) dimana muzik merupakan inspirasi dalam manguatkan emosi diri. Muzik yang gembira, pernyataan-pernyataan serta visualisasi yang tergabung dari sebuah pendekatan holistik digunakan dalam mengurangi kesedihan serta kemurungan. Hubungan diantara muzik dan warna dapat mencetuskan resppon fizikal dan mangembalikan daya pemikiran yang positif dan semulajadi. Muzik juga memainkan peranan sebagai vitamin bagi mengaktifkan zat-zat makanan yang ditukar menjadi gema yang akan membentuk kepada kesegaran diri.

ApA ItU MuZiK


Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:

* Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
* Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan


Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.


muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. dimana ianya boleh dimainkan degan beberapa gabungan alatan muzik. muzik juga merupakan satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Salam Pertama Kali


Salam dan selamat sejahtera semua pembaca. Mula-mula nih aku nak pekenalkan diri aku dan siapa aku nih. kira2 cam biodata aku la sket ok. nama aku Mohd Rahimi B Ramle. merupakan lepasan ijazah Pendidikan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tjg Malim , Perak. Aku Berasal Dari Endau Johor, dan sekarang Menetap kat Kepala Batas pulau Pinang. Umurku masa skang nih 24 tahun tp kalu korang baca tahun depan jd 25 thn lak ar..ehhehe. blog nih aku buat untuk berkongsi bahan,pendapat dan tunjuk ajar dari semua pendidik muzik khususnya Cikgu Muzik Sekolah Menengah (KBSM) entah la aku susah sangat dapat lihat blog2 cikgu2 muzik. weh korang malas ka apa..aduhla.. ehhehe. takpe. kalu korang dah jumpa blog aku nih korang pon buat la satu ok. blog ini juga dibina khas untuk pelajar-pelajar muzik dan graduan muzik. korang amik la bahan kat sini. Aku tak kisah.Tapi tinggal la komen atau ucapan terima kasih. bagi sedap sket mata aku memandang jer. aku juga nak mintak jasa baik korang bagi la bahan kat aku. kita kongsi-kongsi untuk kemajuan pendidikan muzik. aku rasa cukupla dulu utk masa nih. kalu ada apa pesanan tinggal ja kat chat box. kawan-kawan aku dah bawak kapal khas utk kita belayar same-same.. cepat aku tggu korang..heheheh