Khamis, 28 April 2016

KONSEP MUZIK

MuZiK PenCeTuS PeMIkiRaN KreAtiF

KONSEP MUZIK


MELODI

Susunan pic secara melintang.
• Susunan pic tinggi,rendah dan sederhana
• Pic boleh bergerak menuju kearah tinggi,rendah dan mendatar - jeda
• Pic boleh bergerak secara bertangga atau melompat - skel
• Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic – frasa lagu
• Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu
• Pic boleh disusun secara berurutan – sekuens
• Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah lagu – nada

Objektif untuk konsep melodi ialah:
Murid dapat mengenal pasti dan membezakan
1. antara melodi dan iringan
2. pic tinggi,rendah dan mendatar
3. skel yang dimainkan
4. pic yang melompat dan berulang
5. nada sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan






IRAMA

Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsure masa dalam muzik.
• Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil - detik
• Setiap beat dan rehat mempunyai nilai samada panjang atau pendek – not dan tanda rehat
• Kumpulan beat membentuk tanda masa/meter
• Beat-beat mempunyai tekanan – accents
• Gabungan not/beat membentuk corak irama yang berkaitan dan atau berulang-ulang –corak irama,ostinato,rentak

Objektif untuk konsep irama ialah:
Murid dapat
1. merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2. membezakan panjang pendek sesuatu corak irama
3. merasa tekanan/accent pada sesebuah lagu
4. membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama
5. mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan