Selasa, 17 Ogos 2010

HaLa TuJu PenDidikaN MuziK MalaYsiA




Secara amnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pendidikan muzik melalui KBSR iaitu pada tahun 1983. Oleh yang demikian matapelajaran muzik menjadi satu matapelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar. Sebagai satu kesinambungan, Pendidikan Muzik ( KBSM) telah diwujudkan pada tahun 1995 disekolah menengah tetapi ia hanya sebagai matapelajaran elektif sahaja. Tujuan pendidikan muzik diserapakan melalui KBSM adalah untuk membantu memperkembangkan sahsiah dari aspek estetik, kreatif dan inovatif yang menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Jika dikira melalui tahun, mata pelajaran muzik telah wujud selama 26 tahun diperingkat KBSR, dan 14 Tahun diperingkat KBSM. Angka itu bukanlah satu jumlah yang besar untuk mematangkan sesuatu pendidikan. Namun begitu Pendidikan Muzik dilihat begitu berjaya memainkan peranannya . Hal ini dapat dilihat melalui dua perkara iaitu dari segi ekonomi,dan sosial sosial.
Jika dilihat dari sudut ekonomi muzik juga merupakan satu penyumbang kepada peluang pekerjaan dan sumber pendapatan rakyat Malaysia. Justeru itu pendidikan muzik adalah satu aset yang amat bernilai kepada Malaysia untuk menampung peluang pekerjaan yang ditawarkan. Oleh yang demikian pendidikan muzik bukanlah satu matapelajaran yang remeh atau picisan, ia adalah matapelajaran yang mempunyai nilai komensial yang tinggi. Antara contoh peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui muzik ialah sebagai

1. Pemain muzik profesional
2. Penggubah lagu
3. Penyanyi
4. Pengarah Muzik
5. Cikgu Muzik
6. Pensyarah Muzik
7. dan lain-lain

Jika dilihat dari sudut sosial pula, pendidikan muzik sangat penting dalam menjamin kemakmuran negara Malaysia. Hal ini terjadi kerana matapelajaran muzik menekankan aspek keharmonian, disiplin , bersatu melalui pelbagai subjek dan topik yang diajar. Justeru, ini jelas dapat dilihat dengan keadaan sosial Malaysia yang tidak mempunyai sebarang peperangan dalaman walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang agama, bangsa, dan kepercayaan. Dengan kata lain slogan yang sering disebut oleh perdana menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri
Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak iaitu ‘ SATU MALAYSIA” merupakan slogan yang telah lama tertanam dalam modul dan subjek pendidikan muzik. Hal ini jelaslah bahawa pendidikan muzik Amat dan sangat penting kepada rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa agama dan kepercayaan.

Jika difikirkan hala tuju pendidikan muzik sebenarnya terletak kepada peperintah negara. Jika pemerintah mempunyai aset lain yang berupaya membentuk dan memberi sumbangan sehebat pendidikan muzik maka terserahlah kepada mereka untuk menentukan nasib pendidikan muzik di Malaysia. Namun begitu jika pemerintah tiada aset sebaik pendidikan muzik maka amat rugilah negara Malaysia. Mungkin negara yang aman damai dan mempunyai limpahan rezeki ini akan terjejas keadaannya, bak kata pepatah jangan yang dikejar tak dapat ,yang dikendong pula berciciran.

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan ialah hala tuju pendidikan muzik telah berada dilandasan yang betul tetapi terserah kepada perlaksanaan dan kekuatan yang sedia ada pada para pendidik muzik dan pendukung muzik. ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan