Selasa, 17 Ogos 2010

‘Music For Life’




‘Music For Life’ merupakan sebuah jornal yang ditulis oleh seorang profesor yang bernama Roy Ernst. Roy Ernst merupakan seorang profesor dalam pendidikan muzik di Eastman School Of Music of the University of Rochester, beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun dan telah menyandang jawatan tertinggi dalam jabatan pendidikan muzik selama 12 tahun. Beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar dalam kursus curriculum and instrumental methods. Beliau memulakan kerjayanya dengan mengajar muzik instrumental di sekolah rendah dan menengah di kawasan Michigan. Beliau juga merupakan ahli applied faculty at wayne state University in Deroit . Beliau menerima ijazah sarjana muda (B.S) dan ijazah sarjana (M.S) daripada Wayne State University dan Ph.D. pula beliau terima daripada University of Michigan. Beliau pernah menerima anugerah seperti President’s Arts Achievement Award daripada Wayne State University pada tahun 1994. beliau turut menerima anugerah yang sama daripada faculties at Georgia State University dan Sydney Consevartorium of music in Sydney , Australia. Roy Ernst juga banyak menghasilkan buku dan penulisan artikel seperti Conducting, flute perfomance, dan music education. Akhir sekali , beliau juga merupakan seorang pengarah di sebuah institut yang bernama Aesthetic Education Institute in Rochester, New York.

Jornal tulisan Roy Ernst ini menerangkan dan mengupas tentang bagaimana pengajar-pengajar muzik boleh membantu dalam proses pembelajaran dari perbagai aspek antaranya dari aspek muzikal itu sendiri, aspek sosial dan aspek kesihatan yang diperlukan oleh orang dewasa melalui perbentukan satu komuniti baru oleh pengajar muzik. Pada awal tulisan beliau dalam jornal ini , beliau mahu membuat satu program baru untuk semua peringkat umur orang dewasa dan menyatakan projek itu dengan nama Music For Life. Projek ini telah ditanggung oleh National Association of Band Instrument Manufacturers dan Nasional Association of Misic Merchants. Projek ini mempunyai sasaran untuk membentuk kemasukan dan titik-titik kemasukan semula pada muzik untuk orang-orang dewasa yang lebih tua. Hal ini akan menjadikan muzik akan terus dipayung oleh semua lapisan generasi. Menurut beliau, inilah yang dikatakan sebagai ‘Music for Life’.

Roy Ernst sebenarnya telah terpengaruh dengan dua konsep yang telah dibawa oleh Mary Hoffman iaitu ‘life long lerning’ yang merupakan tema bagi MENC presidency dan oleh John Burley yang merupakan satu kertas kajian pada lewat tahun 1970-an yang bertajuk instrumental music education for adults. Melalui pembacaan jornal ini saya dapati bahawa Roy Ernst telah memecahkan beberapa pendapat beliau dan pendapat itu disokong oleh kajian-kajian yang telah dilakukan sebelumnya. Beliau telah membahagikan kebaikan dan mengapa program ‘Music For Life’ harus dilaksanakan kepada beberapa isi utama yang begitu kuat menyokong idea dan pendapat beliau itu.

Faktor pertama yang dijelaskan dalam jornal ini ialah tentang kualiti hidup. Roy Ernst melihat aspek golongan pesara. Menurut beliau apabila sesorang itu telah bersara mereka merupakan golongan yang berada dalam keadaan yang sangat sesuai untuk belajar muzik. Beliau berpendapat sedemikian kerana golongan ini tidak akan mempunyai masalah untuk membayar yuran kelas dan membeli instrumen muzik. Beliau juga menyatakan bahawa jadual yang penuh dengan aktiviti bermain muzik akan membuatkan golongan perasa tidak merasa bosan setelah mereka bersara. Selain itu juga, aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan dari segi mental dan badan. Oleh yang demikian aktiviti muzik sangat baik untuk mereka. Aktiviti muzik yang banyak melibatkan persekitaran juga boleh menambah baik kehidupan sosial golongan ini. Justeru itu, mereka tidak akan merasa kesunyian. University of Miami School of Medice dan enam buah universiti lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan telah mendapati dalam kajian mereka tentang golongan tua yang seronok dengan aktiviti muzik mendapat kebaikan dalam kesihatan mereka. Roy ernst juga ada menyatakan bahawa golongan yang mempunyai kualiti dalam muzik boleh melahirkan keseimbangan di zaman teknologi yang sedang berkembang ini. Ini kerana pada masa ini, orang ramai terlalu banyak luangkan masa dengan komputer dan tidak banyak melakukan aktiviti sosial. Hal ini tidak baik untuk kesihatan.

Faktor yang kedua pula menerangkan tentang kemasukan dan titik kemasukan semula untuk pendidikan muzik oleh golongan dewasa. Pada faktor ini beliau banyak menyatakan tentang pengalaman edia ada yang telah dilalui oleh kebanyakan golongan dewasa yang masih aktif dalam muzik. Hal ini terbukti dengan minat mereka kepada muzik sebenarnya telah terpupuk dari zaman persekolahan lagi. Justeru apabila mereka diberi peluang untuk kembali aktif dalam melakukan aktiviti muzik, sudah tentu mereka tidak akan melepaskan peluang tersebut. Melalui faktor ini Roy Ernst membandingkan antara bermain muzik dan bermain golf. Beliau menyatakan bahawa pemain-pemain golf tidak akan mula bermain sebelum usia mereka sesuai untuk bermain dan permainan itu pula lebih khas kepada golongan dan sosial yang kecil sahaja. Berlainan dengan aktiviti muzik yang tidak begitu menitik beratkan umur jantina dan tahap sosial yang lebih besar dan luas.

Faktor ketiga pula ialah tentang program –program contoh. Menurut Roy Ernst program-program contoh wajar diwujudkan supaya menjadi pengaruh yang besar terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan muzik. Pada tahun 1991 beliau telah menubuhkan satu program contoh yang dikenali sebagai New harizons Band yang merupakan program yang ditawarkan kepada golongan 50 tahun keatas. Sembilan tahun selepas program contoh ini terlaksana ia telah mempengaruhi lima puluh program yang seakan serupa di United States dan Canada. dan bilangan itu terus bertambah.

Faktor keempat yang telah di tulis dalam jornal ini ialah tentang pelajar- pelajar dewasa. Dalam faktor ini beliau menyentuh kehebatan dan kebolehan yang ada pada golongn ini. Namun begitu ada juga kelemahan yang ada pada mereka contohnya bilangan mereka tidak begitu ramai, hal ini sukar untuk menubuhkan ensembel yang besar khususnya windokestra dan lain-lain lagi. Selain itu mereka juga agak lambat untuk mempelajari sesuatu alat muzik . keupayaan muzik mereka khusunya dari segi pendengaran dan penglihatan turut menjadi masalah untuk mereka belajar muzik. Numun begitu mereka adalah golongan yang suka berlatih dan suka melakukannya. Mereka juga mempunyai ingatan yang kuat untuk mengigati sesuatu lagu dengan cepat hal ini membolehkan mereka menyukai aktiviti muzik. Bagi golongan ini, mereka terlibat dengan muzik kerana mereka memang minat. Oleh yang demikian mereka tidak memmpunyai masalah disiplin yang serius . penglibatan mereka kera ingin menghiburkan penonton dan menghiburkan diri mereka sendiri. Oleh itu mereka mahukan suasana pembelajaran yang selesa dan tenang. Menurut Roy Ernst secara kesimpulan dalam faktor ini ialah ‘Creacting a new ensemble is a personal legasy from teacher to community’.

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan setelah membaca tentang jornal ini ialah muzik merupakan sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan seumur hidup kita, muzik tidak membezakan umur, jantina pangkat dan tahap sosial sesorang yang ingin mempelajarinya. Selain itu muzik juga merupakan satu aktiviti yang sihat dan baik untuk semua dalam membentuk satu ikatan sosial yang berkualiti. Justeru, saya dengan berbesar hati menyokong semua pendapat yang telah dinyatakan oleh Roy Ernst dalam jornalnya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan