Selasa, 17 Ogos 2010
ISu mengUranGkan maSa muziK di SeKolaH
Saya dengan terang dan lantang akan membantah sekiranya masa matepelajaran muzik disekoalah akan dikurangkan. Pada pendapat saya isu untuk mengurangkan masa mana-mana matepelajaran sekalipun untuk neningkatkan bahasa inggeris atau matepelajaran lain adalah tidak wajar dan logik. Hal ini kerana system pendidikan kita sebenarnya sudah teguh dan kukuh. Malah mempunyai piawaian ISO yang baik. Saya lihat disini bahawa perubahan sepatutnya berlaku pada perlaksanaan teknik mengajar. Jika kita menambah masa banyak mana sekali pon untuk meningkatkan sesuatu matepelajaran ia tidak akan berhasil malah ia akan menimbulkan pelbagai kesan negative contohnya tekanan kepada pelajar. Jika pelajar menghadapi tekanan maka sudah tentulah minat mereka untuk bersekolah dan belajar akan luntur oleh itu ramailah anak-anak muda generasi depan Negara tidak akan memberi sumbangan kepada Negara malah mereka ini akan menimbulkan permasalahan social yang tinggi.
Seperti yang kita sedia maklum, matapelajaran muzik merupakan satu matepelajaran yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk bermain muzik dan belajar muzik yang baik. Matapelajaran ini mampu meningkatkan keperibadian serta sahsiah yang tinggi melalui aktiviti muzikal dan bukan muzikal. Matapelajaran ini berupaya menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah. Hal ini seterusnya membuatkan pelajar berminat untuk belajar. Jika kita lihat dari sudut pandangan sains pula muzik merupakan salah satu terapi yang baik dan berkesan oleh yang demikian matapelajaran muzik berupaya memperkembangkan sahsiah dari aspek estetik, kreatif dan inovatif.
Kesimpulannya, saya dengan nada yang tegas tidak menyokong mana-mana usaha untuk mengurangkan masa matapelajaran muzik. Disekolah . justeru saya berharap pihak kementerian menarik balik perintah untuk mengurangkan masa bagi matapelajaran muzik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betul..muzik sebenarnya boleh mendisiplinkan pelajar. Bermain muzik adalah bukan setakat pandai main sahaja...Ianya memerlukan asuhan dan tunjuk ajar..seorang pemuzik seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi untuk berjaya.
BalasPadamDi sini saya hendak berkongsi pengalaman saya ketika di sekolah tempat saya menjalani praktikal. Pelajar-pelajar lebih bersemangat untuk belajar muzik. Ini adalah kerana muzik merupakan mata pelajaran yang unik..
bukan setakat menghafal nama not, pelajar turut mengaplikasikan dalam permainan alat. Pelajar semestinya memiliki asas pengetahuan yang kukuh.
Pendidikan muzik adalah bukan merupakan mata pelajaran yang remeh dan tidak patut diajar secara ala kadar...usaha adalah penting untuk memartabat pendidikan muzik di sekolah. Usaha ini akan terbantut sekiranya masa dipendekkan. apa bezanya pendidikan muzik dengan mata pelajaran teras yang lain??
dalam muzik terdapat hafalan, kira-kira, aplikasi praktikal...ini banyak merangsang minda...bukan hanya sekadar statik..muzik merupakan salah satu kepakaran yang dianggap sukar dan melibatkan kecerdasan yang tinggi
Jadi, kita harus berfikir dan melihat secara mendalam dan bukan setakat memandang pada luaran..
Terima Kasih stef. Ulasan dan pandangan serta perkongsian yang baik.
BalasPadamsaya amat setuju dengan pandangan ini, seharusnya kementerian perlu mengkaji isu ini kembali
BalasPadam