Rabu, 18 Ogos 2010

Benarkah apa yang dikata "Pendidik Muzik" tak penting berada di sekolah?




Berburu dipadang datar
Mencari rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Menjadi insan besar nanti

Bila disebut tentang kepentingan maka semua pendidik mempunyai tanggungjawab dan tugas mereka tersendiri untuk membentuk pelajar supaya menjadi insan berguna . Oleh yang demikian tidak wajarlah bagi kita membezakan tugas yang diamanahkan kepada seorang pendidik itu mengikut kasta-kasta yang kita nilai sendiri.
Pendidik Muzik juga merupakan seorang insan yang di amanahkan untuk mendidik pelajar melalui caranya yang tersendiri. Pendidik muzik berupaya menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran menggunakan muzik sebagai medium untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya mencungkil pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran dalaman. Oleh itu dapatlah kita lihat bahawa pendidik muzik mampu menjana atau melahirkan seorang pelajar yang memenuhi hasrat falsafah pendidikan Malaysia iaitu cemerlang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Justeru, pendidik muzik juga mempunyai tugas yang berat untuk bersama-sama dengan pendidik lain membentuk satu gagasan atau komuniti pelajar yang berupaya menjadi modal insan kepada negara kelak.

Jika kita lihat dari sudut peranan muzikal seorang pendidik muzik itu pula. Kita akan dapati bahawa pendidik muzik merupakan orang yang bertanggung jawab kepada sesebuah persembahan atau acara-acara yang berkaitan pentas. Selain itu pendidik muzik turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan muzikal pelajar. Aktiviti seperti Pancaragam, dan muzik tradisonal contohnya gamelan ,caklempong dan lain lagi berupaya mendekatkan pelajar dengan budaya malaysia.

Kesimpulannya, saya dengan lantang dan tegasnya menolak keyataan yang menyatakan pendidik muzik tak penting di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan