Khamis, 15 Disember 2011

ASAS MUZIK

BAHAN INI DI AMBIL DARI BLOG SENIOR2 LUPA LAK LINK DIO.. MAAP YO.. HARAP TAK KENA MARAH KONGSI ILMU YO BRO..HUHU



Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi IRAMA, MELODI, WARNA TON, TEKSTUR, BENTUK DAN EKSPRESI. Bunyi yang tidak tersusun dan tidak mengikut konsep muzik disebut sebagai “ BUNYI BISING “

IRAMA
Dalam irama terdapat detik, meter, corak irama, tempo dan rentak. Pada irama juga terdapat nilai not dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai pecahan nilai yang tersendiri. Iaitu 4 kiraan, 3, 2, 1, dan ½ , ¼ , 1/16

DETIK
Dalam sesuatu muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi tetap yang boleh ditepuk sepanjang persembahan muzik seperti 2 kiraan, 3 kiraan dan 4 kiraan.

MELODI
Melodi ialah susunan bunyi ton secara mendatar ( linear ) dan berkontur. Bunyi ton ada kalanya panjang, pendek ataupun sama dan bunyi-bunyi ton ini menentukan irama melodi. Sesuatu melodi bertukar jika pic dan irama bertukar. Pergerakan melodi ini melibatkan pic dan irama yang dikawal oleh tempo.

PIC
Pergerakan ton boleh berulang ke atas atau ke bawah mengikut langkah seperti anak tangga, mungkin separuh langkah, langkah penuh ataupun melompat. Turun dan naik ton menentukan pic.

PANTULAN DAN SAHUTAN
Pantulan dan sahutan bukan komponen harmoni dalam lagu. Pantulan ialah isian tema atau motif melodi yang diulang dengan pic serupa. Selalunya digunakan di akhir frasa lagu untuk mengindahkan bunyi sesuatu frasa.

HARMONI
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan atau dinyanyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini membentuk kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi lagu. Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad, untuk membentuk triad not asas digunakan iaitu not tonik, ( not pertama @ asas ) not ketiga dan not kelima dari sesuatu skel untuk menghasilkan harmoni yang perfek dan sedap didengar.

TEKSTUR
Monofoni
Barisan melodi secara mendatar yang dinyanyikan secara unison atau dinyanyikan tanpa iringan kord.

Homofoni
Barisan melodi yang dinyanyikan dengan iringan kord

Polifoni
Lebih daripada dua barisan melodi dan diiringi dengan kord.

EKSPRESI
Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.
Gabungan aplikasi ciri-ciri muzikal ini boleh menghasilkan berbagai interpretasi tersendiri. Setiap manusia mempunyai tahap interpretasi yang berbeza. Bahagian ini sangat subjektif dan harus dinilai berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pentafsiran yang sesuai dengan kriteria dan gaya persembahan.

Contoh dinamik

P (piano ) - Dinyanyikan secara lembut
F ( forte ) - Dinyanyikan secara kuat dan terkawal
Cresendo - Semakin kuat ( dari p ke f )
Decresendo - Semakin perlahan ( Dari f ke p )
mf ( Mezzo forte ) - Sederhana kuat ( Selalu digunakan dalam nyanyian )

TEMPO
Kelajuan sesuatu lagu yang dinyanyikan

Andante atau moderato - Kelajuan yang sederhana
Allegro - Rancak atau cepat

WARNA TON
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri, dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton berbeza ialah.

- Suara lelaki dan suara perempuan
- Suara perempuan dengan suara kanak-kanak
- Suara menjerit dengan suara berbisik

Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat atau cara ianya dimainkan atau dinyanyikan.Warna ton dalam muzik sama dengan warna ton dalam lukisan.Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus , gelap, terang , ringan dan berat.

Dalam nyanyian suara prempuan dikategarikan dalam dua jenis iaitu soprano dan alto, manakala suara lelaki dikategorikan dalam jua jenis juga iaiti tenor dan Bass. Dalam nyanyian koir atau nyanyian beramai-ramai seperti nasyid yang mempunyai pelbagai jenis suara ini , hasilan warna tonnya sangat menarik dan harmoni serta indah didengar.