Rabu, 12 Januari 2011
VoCaL
salam semua.. hari nih aku dapat bahan untuk vocal.. ini pon dari pemberian stef.. tq stef. sesiapa ingin menjadi seperti stef sila la email apa2 bahan kepada aku ya.. jangan kedekut bahan.. tak salah untuk berkongsi...
Asas kepada Teknik Vokal
Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi terdapat beberapa perkara yang seharusnya diberi perhatian. Sebagai contoh, postur badan. Ini adalah disebabkan ini akan mempengaruh cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang.
Antara perkara yang seharusnya diberikan perhatian selain postur adalah seperti pernafasan, sebutan dan ton dan bentuk mulut.
POSTUR
Menyanyi secara berdiri
- berdiri tegak, kaki direnggang sedikit
- imbang badan di kedua-dua belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa
- tangan di sisi badan
- dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu semasa menarik nafas
- kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan
Menyanyi secara duduk
- duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua belah kaki di lantai dalam keadaan selesa
- tangan di atas paha
- duduk separuh daripada kerusi dan elakkan bersandar
- dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu semasa menarik nafas
- kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan
PERNAFASAN
Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian mulut dan kerongkong perlu dibuka luas utnuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.
SEBUTAN DAN TON
Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Untuk menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting.
Ciri-ciri ton dalam nyanyian meliputi:
- tenaga
- intensiti
- kekuatan bunyi
- harkat (panjang dan pendek suatu not)
Pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu ditekankan.
BENTUK MULUT
Latihan Bunyi Vokal
Simbol Bunyi Fonetik Contoh perkataan
[ a ] ah negara
[ e ] ay / ae elak
[ i ] ee mithali
[ o ] o / oh onak
[ u ] oo maju
[ Э ] er emak
JENIS SUARA
Terdapat tiga jenis suara dalam nyanyian :
- suara kepala (head voice)
- suara tengah (nasal voice)
- suara dada (chest voice)
Langgan:
Catatan (Atom)